Followers

tips berenti merokok

0 comments




Sihat sepanjang hayat. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok . Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.

Mengapa harus berhenti merokok?
Merokok memberi keburukan kepada semua individu Ia tidak memberi kebaikan kerana:
Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak.
Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah.
Mendapat asma.
Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?
Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:
Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok.
Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok.
Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - apabila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan.
Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat.
Meningkatkan deria bau dan rasa.
Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar.
Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok.
Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran.
Meningkatkan kesuburan.
Meningkatkan tahap 'kelakian'.
Bagaimana hendak berhenti merokok?
Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.
Tetapkan tarikh untuk berhenti.
Yakin pada diri sendiri
Buatkan nota peringatan.
Katakan pada diri "saya bukan perokok".
Sentiasa berfikiran positif.
Dapatkan sokongan.
Gunakan terapi penganti nikotin.

0 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
Satu pun jadi lah ! hehe.

Sitemap

 
Copyright © Since 2009-2011 All Rights Reserved. Editer By Saleh Marzuki ☺ Design For Budak Malas Sikat Rambut ☺ Sported By KawanBlogger Yang Mengempakkan Dunia Cyber Anda! ☺ Lisenses From Creative Commons Attribution 3.0 ☺ Penaja Bersama NuffnangAdvertlets Yang Terus Memajukan Belog Ini Ketahap Terbaik Dan Kini Amat Membanggakan ! Hak Cipta Terpelihara ™