Followers

MENGAPA LELAKI MENANGIS?

14 comments
1. Tengok drama/movie
Kadangkala lelaki juga menangis bila tengok cerita cinta yang sedih. Ini memang tidak dapat dinafikan sebab nik pon kalau tengok cerita yang sedih nik pon terikut sedih juga..betul tak wahai lelaki² diluar sana??

2. Putus cinta
Bila masuk bab cinta ni, lelaki kalau putus cinta mesti akan menangis(bukan wanita saja tau)… lelaki kalau putus cinta, selalunya tak akan menangis dihadapan wanita. Sebab lelaki tak ingin wanita pandang mereka lemah.. Perempuan menangis biasa jumpa. Lelaki menangis, susah nak cari..

3. Kehilangan orang tersayang
This one sangat diterima akal lah kan. Insan terdekat seperti ibu bapa, adik beradik, isteri hatta kekasih hati sekalipun pergi, pasti akan menangis juga. kalau tak menangis juga, takdak perasaan la tu.

4. Ketawa sampai menangis
Hah. Yang ini pun boleh jadi juga. Kelakar sangat agaknya sampai tergolek-golek dan mengalir air mata. nik biasa juga ketawa sampai menangis… kelakar sangat.. korang pernah x??

5. Depress sangat
Contoh stress nye, dah jadi pemimpin keluarga. Anak pulak sepuluh orang. Tiba-tiba syarikat buat hal, ekonomi jadi tak menentu. Hati suami mana yang tak hancur tengok anak isteri terpaksa bersusah kan? betul kan…

6. Mengecapi kejayaan
Berjaya mendapat kejayaan dalam perkerjaan ataupun pelajaran. Hooray! hehe

7. Tengok orang susah
Wah.. lembut betul hati lelaki macam ni. Biasanya lelaki begini susah sikit nak cari. Ada lagi ke lelaki macam ini?

8. Bertumbuk sampai menangis
Awal bergaduh memang masing-masing tunjuk terer. Tapi belakang-belakang, lepas tu menangis juga. Jangan nak deny, Abe Mad pernah jumpa ok?

9. Team favourite kalah dalam football match
Contohnya peminat fanatik Manchester United la. Kalau dah tak biasa kalah tu, tiba-tiba kalah. Betul-betul mengganggu emosi. Fan Arsenal bukan tak menangis sebab dah biasa kalah, tapi sebab kami ni memang cool. ;p

10. Menangis kerana-Nya
Duduk di tikar sembahyang, mengenang dosa lalu. Menyedari kerdilnya diri di hadapan-Nya. Hah, kan kalau dengar kaset bacaan Quran pun boleh dengar kadang-kadang orang yang baca tu menangis. Sebab dia faham isinya~

Tapi apa pun, lelaki juga boleh menangis. Mengapa tidak. Kita juga punya perasaan bukan? Jangan disangka jika lelaki itu badannya sasa tidak pernah menangis walau sekali…

Kesimpulannya, lelaki mahupun wanita masing² mesti pernah menangis. Cuma, apabila menangis janganlah kita menangis dalam jangka waktu yang terlalu lama kerana ianya akan memudaratkan kesihatan kita..

p/s: lelaki² diluar sana, korang berada di nombor berapa??

14 comments:

  • Ratu Tak Cantik berkata...

    kita semua ada perasaan.. :) wajarlah nak bersedih dan menangis...tetapi ellaki yang menangis sebab putus cinta pun selalunya cuma bila mereka setia..ada 4 jenis..nak tahu, meh le blog baca :) hehe *ayat pancing*

    http://ratutakcantik.blogspot.com/2011/07/cinta-dunia2-4-jenis-lelaki-setia-yang.html

Catat Ulasan

Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
Satu pun jadi lah ! hehe.

Sitemap

 
Copyright © Since 2009-2011 All Rights Reserved. Editer By Saleh Marzuki ☺ Design For Budak Malas Sikat Rambut ☺ Sported By KawanBlogger Yang Mengempakkan Dunia Cyber Anda! ☺ Lisenses From Creative Commons Attribution 3.0 ☺ Penaja Bersama NuffnangAdvertlets Yang Terus Memajukan Belog Ini Ketahap Terbaik Dan Kini Amat Membanggakan ! Hak Cipta Terpelihara ™