Followers

5 Tanda Si Dia Masih Ingat Kekasih Lama

1 comments
Melupakan kekasih lama bukannya mudah. Sebab itulah ada sesetengah wanita masih tidak dapat melupakan memori manis bersama bekas teman lelakinya walaupun sudah menemui cinta baru.

Berikut ialah beberapa tips yang boleh kamu perhatikan untuk mengetahui apakah kekasihmu itu sudah melupakan bekas kekasihnya atau tidak?



1. Dia sering membandingkan kamu dengan bekas teman lelakinya. Ini bermakna dia sebenarnya masih tidak dapat melupakan bekas teman lelakinya, sebab itulah dia sering mengatakan kamu mengingatkannya terhadap si dia.



2. Dia mengajak kamu membina hubungan lebih serius dengan tergesa-gesa. Misalnya berkenalan tidak sampai beberapa bulan sudah mengajak kamu bertunang. Ini bermakna dia sebenarnya cuba menutup perasaan dirinya yang masih berbelah bahagi dan untuk menyelamatkan keadaan, dia membina komitmen baru.



3. Sikapnya sering berubah-ubah. Semalam layanan yang diberikan terhadapmu cukup mesra. Hari ini, dia seolah-olah cuba menjauhkan diri. Jika ini sikapnya, bermakna dia masih lagi terperanjat gara-gara putus cinta dengan bekas teman lelakinya.



4. Berpura-pura gembira. Salah satu cara untuk melupakan bekas kekasih ialah dengan berpura-pura gembira. Dia bersikap seolah-olah tiada apa yang berlaku, sedangkan dia sebenarnya menahan rasa sedih.



5. Simpan gambarnya. Walaupun si dia memberi alasan bahawa dia dah tak ada apa-apa perasaan dan itu hanyalah sekeping gambar, tapi usah dibiarkan. Bahaya tu! Bermakna kenangan di antara mereka berdua akan tetap dalam ingatannya

1 comments:

  • Tanpa Nama berkata...

    Dia suka bercakap tentang bekas kekasih lamanya dengan alasan nak menjeleskan saya sedangkan kekasihnytelah meninggal. Kadang2 saya mencurigainya adakah dia benar2 sayangkan saya ? Apakah yg patut saya lakukan ? :(

Catat Ulasan

Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
Satu pun jadi lah ! hehe.

Sitemap

 
Copyright © Since 2009-2011 All Rights Reserved. Editer By Saleh Marzuki ☺ Design For Budak Malas Sikat Rambut ☺ Sported By KawanBlogger Yang Mengempakkan Dunia Cyber Anda! ☺ Lisenses From Creative Commons Attribution 3.0 ☺ Penaja Bersama NuffnangAdvertlets Yang Terus Memajukan Belog Ini Ketahap Terbaik Dan Kini Amat Membanggakan ! Hak Cipta Terpelihara ™