Followers

PENGERTIAN PUASA

2 comments
Di kesempatan ini mahu saya ucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Selamat beramal dan semoga anda berpeluang merebut kelebihan di Bulan Ramadhan ini ye. InsyaAllah. Biar lah bulan Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan anda pada tahun sebelum-sebelumnya. Pesan saya :

Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
PUASA WAJIB
Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.
PUASA SUNAT
# Puasa enam hari pada bulan Syawal
# Puasa hari Arafah
# Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
# Puasa bulan Syaaban
# Puasa Isnin dan Khamis
# Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)
PUASA MAKRUH
# Puasa yang terus menerus sepanjang masa
# Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq
PUASA HARAM
# Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
# Puasa pada hari raya pertama Haji
# Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.
SYARAT WAJIB PUASA
# Berakal
# Akhir Baligh (Cukup umur)
# Kuat atau mampu mengerjakan puasa


Jangan ponteng-ponteng puasa lagi ye kepada yang suka ponteng puasa. Anda bukan kanak-kanak lagi yang tak tahu bezakan mana buruk dan baik. Jangan curi air vitagen dari peti sejuk lagi , ingat! manusia tak nampak tapi Allah nampak ;)

Bila bosan-bosan jangan pula awak syok-syok korek hidung ke telinga ke.. batal puasa tau! pastikan pada waktu malam, hidung dan telinga anda bersih dari segala-galanya.

pada yang belom mandi wajib uh ,, cepatt ,, hheheh

2 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
Satu pun jadi lah ! hehe.

Sitemap

 
Copyright © Since 2009-2011 All Rights Reserved. Editer By Saleh Marzuki ☺ Design For Budak Malas Sikat Rambut ☺ Sported By KawanBlogger Yang Mengempakkan Dunia Cyber Anda! ☺ Lisenses From Creative Commons Attribution 3.0 ☺ Penaja Bersama NuffnangAdvertlets Yang Terus Memajukan Belog Ini Ketahap Terbaik Dan Kini Amat Membanggakan ! Hak Cipta Terpelihara ™