Followers

Cristiano Ronaldo Biayai Rawatan Kanser Budak Sembilan Tahun

0 comments
Nuhazet, anak kecil berumur sembilan tahun dari Las Palmas, Sepanyol, telah berjuang melawan penyakit kanser sebelum genap berusia dua tahun.

Pertemuannya dengan Cristiano Ronaldo sebelum perlawanan Real Madrid musim lalu, telah menjadi lembaran baru sebuah perjuangan bagi Nuhazet.

Seperti dilaporkan Canarias Investigo pada bulan Mac 2012 lalu, satu pemeriksaan MRI mendedahkan bahawa penyakit kanser Nuhazet telah merebak ke tiga bahagian yang berbeza di tulang belakangnya.




Para doktor mengatakan bahawa mereka tidak boleh melakukan apa-apa dan mengesyorkan penamatan rawatan agar Nuhazet tidak lebih menderita lagi. Secara teori masih ada jalan lain untuk rawatan, tapi belum teruji apakah selamat untuk dilakukan.

Untuk memenuhi mimpi-mimpi Nuhazet, sepupunya mengusahakan cara mendapatkan perhatian dari Jorge
Mendes, salah seorang agen pemain paling berpengaruh di dunia bola sepak yang juga agen CR7. Mereka merancang perjalanan dari rumah keluarga tersebut di Canary Island ke Madrid untuk menonton perlawanan terkini Real Madrid melawan Mallorca musim lalu.

Ketika hari pertandingan Real Madrid, Mendes dan keluarga memberi kejutan yang tidak Nuhazet dengan sebuah pertemuan khas dengan Ronaldo. Mereka bergurau beberapa kali, berfoto bersama dan Ronaldo berjanji kepada Nuhazet akan menghadiahkan satu gol.


Real Madrid mengalahkan Mallorca 4-1 dan memenangi liga buat pertama kalinya dalam empat tahun terakhir. Cristiano menjaringkan gol pertama dalam pertandingan tersebut dan menghadiahkannya untuk Nuhazet.

Nampaknya hari yang sempurna tersebut berakhir.

Tetapi tidak. Keesokan harinya, Mendes bertemu presiden Real Madrid Florentino Perez yang kemudian menghubungi doktor di RS Sanchinaro. Mereka kemudian mendatangi Nurhazet dan memulakan rawatan baru yang menggunakan sebuah ubat khusus dari Amerika Syarikat.

Semua bayaran rawatan ditanggung oleh Ronaldo dan Mendes.

Cerita itu didakwa dibuat semata-mata untuk membuat Ronaldo kelihatan lebih baik. Tetapi perkara yang penting Nuhazet masih menjalani rawatan dan boleh pulang ke rumah dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Dan semua itu bermula dari menonton sebuah pertandingan sepak bola.

bestoneoffour

0 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
Satu pun jadi lah ! hehe.

Sitemap

 
Copyright © Since 2009-2011 All Rights Reserved. Editer By Saleh Marzuki ☺ Design For Budak Malas Sikat Rambut ☺ Sported By KawanBlogger Yang Mengempakkan Dunia Cyber Anda! ☺ Lisenses From Creative Commons Attribution 3.0 ☺ Penaja Bersama NuffnangAdvertlets Yang Terus Memajukan Belog Ini Ketahap Terbaik Dan Kini Amat Membanggakan ! Hak Cipta Terpelihara ™