Followers

Gambar ! Ikan Hidup Masuk Ke Bahagian Paru-Paru

0 comments

Satu kejadian yang mengerikan apabila ikan hidup masuk ke bahagian paru-paru seorang kanak-kanak di India. Doktor diminta untuk mengambil ikan hidup yang terdapat di bahagian paru-paru kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di India.
P
ara doktor terus menjalankan operasi pembedahan kanak-kanak lelaki yang bernama Anil Barela menelan ikan sepanjang 9 centimeter di tepi sungai ketika sedang bermain dengan temannya. Setelah menelan ikan hidup itu, lama kelamaan Anil merasa susah untuk bernafas. Kadar oksigen dalam darahnya semakin menurun.

Menurut salah satu media India, kebanyakan kanak-kanak di negara tersebut gemar menelan ikan hidup-hidup saat bermain. Namun kes yang menimpa Anil dianggap cukup pelik, kerana ikan yang ditelannya masuk ke bahagian paru-paru.


“Ikan ini hidup, namun akhirnya mati ketika pembedahan selesai dilakukan. Ikan itu mengganggu fungsi paru-paru dan menyebabkan kurangnya aliran oksigen,” ujar Dr Pramod Jhawar.

Doktor pakar itu berjaya mengambil ikan yang tersangkut di dalam paru-paru Anil. Dr Jhawar mengatakan, ini merupakan kes pertama yang muncul sejak 20 tahun lalu.


p.s: Sama juga kes sebelum ini yang terdapat seorang kanak-kanak yang tertelan ikan puyu apabila ikan tersebut melompat masuk ke dalam mulutnya. Ada juga kes-kes yang lain dan pernah dipaparkan dalam akhbar harian Kosmo.

0 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
Satu pun jadi lah ! hehe.

Sitemap

 
Copyright © Since 2009-2011 All Rights Reserved. Editer By Saleh Marzuki ☺ Design For Budak Malas Sikat Rambut ☺ Sported By KawanBlogger Yang Mengempakkan Dunia Cyber Anda! ☺ Lisenses From Creative Commons Attribution 3.0 ☺ Penaja Bersama NuffnangAdvertlets Yang Terus Memajukan Belog Ini Ketahap Terbaik Dan Kini Amat Membanggakan ! Hak Cipta Terpelihara ™