Followers

PERISTIWA APRIL FOOL

0 comments
Sekali lagi umat Islam cuba diperbodohkan – saya menerima maklumat ini dari seorang pembaca blog Paradigma Mukmin. Marilah kita bersama – sama merenungi maklumat ini, supaya kita semua tidak terus tertipu lagi. Maklumat ini didapati di http://www.islamtomorrow.com/lies/fools.asp
Berhubung dengan sejarah sambutan April’s Fool yang dikatakan untuk meraikan hari tentera Salib berjaya menakluki Sepanyol. Disini ada beberapa fakta yang perlu diperhalusi supaya Insyaallah kita akan nampak kebenarannya.
Kebanyakkan kisah yang dikhabarkan media (termasuk pernah disiar Paradigma Mukmin Klik untuk ke artikel tersebut ) dan dipercayai orang ramai, adalah tentera Kristian tidak dapat menakluki Sepanyol kerana ketakwaan tentera Islam yang tinggi. Kisah itu juga menyebut tentera Salib mengirimkan alkohol dan rokok secara senyap – senyap supaya ketakwaan orang Islam dapat dilemahkan. Setelah umat Islam lemah dan berjaya dikalahkan tentera Salib, semenjak itu bermulanya sambutan April’s Fool.
Cerita sebenarnya nampak tidak relevan dari beberapa aspek.
fakta pertama

1) Pertama, mari kita nilaikan sejarah yang mengatakan kekuasan muslim sepanyol berakhir pada 12 Januari tahun 1492. Pada waktu itu perayaan April’s Fool tidak pernah kedengaran sehingga 50 tahun kemudian.
Pada zaman dahulu, pada abad ke – 16 di Perancis, Sambutan tahun baru adalah disambut pada 25 mac, sebelum kedatangan musim luruh. Pada waktu itu, perayaan ini disambut besar – besaran, dan disambut berterusan sehingga 1 April.
pada tahun 1564, apabila kalendar diubah menggunakan kalendar Gregorian, (atas desakan Pope Gregory) Raja Charles IX telah menukarkan perayaan tahun baru kepada 1 Januari. Sesetengah pihak gereja berdegil menentang perubahan ini (atau mungkin tidak mengetahui mengenai perubahan ini) dan masih menyambut tahun baru pada 25 Mac sehingga 1 April.
Bagi orang Perancis yang sudah mengetahui dan menerima perubahan ini, mereka menyindir dan menyakat golongan masih berdegil ini dengan menghantar hadiah palsu dan jemputan ke majlis yang tidak wujud. Mangsa yang terkena akan digelar “Poisson d ‘Avril,” atau ”April Fish,” kerana pada waktu tersebut terdapat zodiak berbentuk pisces
April Fool juga disambut sebagai hari mengelak jerat (mengelak kulit pisang) di England pada abad ke 18, dan budaya ini dibawa ke Amerika, Scotland dan Perancis.
.
fakta kedua
2) Kedua, kita perlu mengetahui bahawa rokok tidak pernah dicipta walaupun sehinggalah zaman kejatuhan Muslim Sepanyol pada Januari 1492. Sebenarnya sebarang bentuk rokok tidak pernah ada di sepanyol sehinggalah Raja Ferdinand dan ratu Isabella menaiki takhta pemerintahan Sepanyol.

Fakta ketiga
3) Ketiga, sebenarnya muslim sepanyol mula berpecah belah pada masa Ibnu Seenah dan seangkatan dengannya pada zaman itu, cuba untuk menggunakan pemikiran logik dan akal untuk mempersoal hukum Allah. Sesetengah ahli ilmuan yang terpengaruh dengan falsafah rom dan greek cuba untuk membuat pembaharuan di dalam Islam, sama seperti yang dilakukan pemimpin Islam yang liberal sekarang (modernis).
Pada waktu tersebut, muslim Sepanyol mula berpecah kepada beberapa kerajaan kecil dan tercetus perang saudara sesama mereka. Mereka mengupah tentera dari kalangan orang kristian untuk saling menyerang antara satu sama lain. Apabila pihak Kristian datang menyerang untuk kali pertama, perkara ini telah memaksa Khalifah Magribi ( Morroco) merentas Laut Meditrenean untuk membantu orang Islam di Sepanyol dan mereka juga berjaya menghentikan perang saudara buat seketika. Beliau menyeru muslim di Sepanyol kembali bersatu dibawah sistem 1 Khalifah seperti yang dianjurkan Islam.
Namun malangnya, Orang Islam di Sepanyol tidak berbuat sedemikian. Mereka mula kembali berperang antara satu sama lain. Apabila tentera Salib Rom datang menyerang sekali lagi, pemerintah Morocco sudah enggan untuk membantu kembali Muslim Sepanyol. Mereka kalah didalam pertempuran dan jatuhlah kerajaan Islam Sepanyol di tangan tentera Salib.

Marilah kita sama - sama memperbetulkan kembali fakta kepada saudara Islam kita yang lain, jika tidak kita semua akan terus diperbodohkan oleh cerita palsu.
Akhir sekali, hanya Allah yang mengetahui Semua pengetahuan. Semoga Dia mengampuni segala kesalahan saya dan membimbing kita semua ke jalan yang benar, Amin.

Sumber: Peristiwa April's Fool, Adakah Ia Benar Terjadi? | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/peristiwa-aprils-fool-adakah-ia-benar-terjadi/#ixzz1OQ3a72JY

0 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
Satu pun jadi lah ! hehe.

Sitemap

 
Copyright © Since 2009-2011 All Rights Reserved. Editer By Saleh Marzuki ☺ Design For Budak Malas Sikat Rambut ☺ Sported By KawanBlogger Yang Mengempakkan Dunia Cyber Anda! ☺ Lisenses From Creative Commons Attribution 3.0 ☺ Penaja Bersama NuffnangAdvertlets Yang Terus Memajukan Belog Ini Ketahap Terbaik Dan Kini Amat Membanggakan ! Hak Cipta Terpelihara ™