Pennsylvania – Seorang lelaki yang juga penyampai sukan, Joey Lancianese mempunyai cara tersendiri untuk melamar teman wanitanya yang dikenali sejak enam tahun lalu yakni ketika mereka masih menuntut di universiti.
Bukan sahaja dia yang terlibat, malah 300 orang termasuk rakan-rakan dan saudara-maranya turut mengambil bahagian.
Apa yang dilakukan ialah menutup sebatang jalan, sebelum mereka membuat tarian di hadapan teman wanitanya.
Ketika itu barulah Joey melutut dan melamar Alexandra De Loia atau Alex dengan disaksikan rakan-rakannya itu.
Orang ramai yang lalu lalang di situ turut memberikan sokongan malah ada yang menyertai tarian berkenaan.
Menurut Alex, dia tidak menyangka Joey akan melamarnya kerana dimaklumkan mereka hanya keluar untuk makan malam sahaja.
“Kami bertemu di depan kedai makan di situ, dan kemudiannya mereka mula menari… saya tidak sempat makan malam pun,’’ katanya yang terkejut dengan lamaran itu.
Jelas Alex, biarpun ia mengambil masa selama enam tahun untuk Joey melamarnya namun penantian berkenaan amat berbaloi.
Dalam pada itu, Joey memberitahu, dia merancang perkara berkenaan selama dua bulan.
“Setiap kali Alex bertanya apa yang saya lakukan ketika itu, saya memberitahunya bahawa saya sedang berlatih bermain softball,’’ katanya.
Tiga buah lagu dimainkan ketika mereka menari beramai-ramai termasuk lagu Bruno Mars iaitu `Marry You’ dan 4 Non Blonde ‘ What’s Going On?
Tarian itu mengambil masa selama 37 minit.
KREDIT : Informarsi.my
0 comments:
Catat Ulasan
Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
Satu pun jadi lah ! hehe.