Followers

cara import dan export blog (Cara Pindah Post Blog Lama ke Blog Baru)

0 comments
Sila baca dengan teliti supaya anda memahami step yang ditunjukkan ini ..


Hari ni aku pindahkan posting-posting aku dari blog lama ke blog baru ni. Tak adalah banyak sangat. Bukan apa, sayang juga karang-karangan lama yang penuh dengan nostalgia tu untuk dibiarkan macam tu ajer. Yang kurang bestnya, dulu aku tulis pakai english. Jadi bila import dalam blog Bahasa Melayu ni, jadi blog ni dah jadi macam rojaklah. Ada English ada Bahasa Melayu. Tapi lantaklah, asal aku bahagia suder...

Lagi pun mudah jer kerja-kerja mengimport ni. Dua tiga klik dah siap. Tapi ini kalau kat blogpsotlah. Semua blog aku guna blogspot, lagilah mudah kerja pindah randah ni.

Aku tunjukkan kat sini cara-cara a.k.a tutorialnya. Kita gunakan feature import-export dalam blogspot. Dengan guna cara ni kita boleh export kesemua posting kedalam satu fail dalam format XML, dengan lebih tepat lagi Atom-Formatted XML. Apa yang ada dalam fail ini ialah posting, komen, gambar-gambar dan tarikh. Kita boleh gunakan fail ni sebagai backup. Jika apa-apa terjadi, kita upload sahaja file tu ke blog asal, atau boleh juga pindah ke blog baru. Tetapi, harus diingat, template tidak dibackup dalam fail ini. Kalau korang ada buat midification istimewa pada template, kenalah backup, tapi guna tutorial lain ye.




Mula-mula kita kena export blog. Dari dashboard, pergi ke Setting > Basic. Di barisan yang pertama ada Blog Tools. Kat situ ada link untuk import, export dan delete blog. Untuk export, klik link export. Kita akan dibawa ke page kedua. Di dalam page baru tu, klik Download Blog, dan kemudian kita akan disuruh save satu fail. Default name bagi fail itu ialah blog-tarikh-hari-ini.xml. Sila simpan fail tersebut di tempat yang selamat.




Untuk pindah ke blog baru, gunakan link import pula. Sebaik sahaja link import diklik, kita akan dibawa ke page ke dua untuk pilih fail XML.




Selepas kita klik IMPORT BLOG. Semua posting yang diimport akan dipaparkan. Kita boleh pilih yang mana satu kita nak publish atau kita juga boleh delete mana-mana posting yang kita dah tak nak. Semua posting akan ikut format asal, termasuk gambar dan tarikh ia dipublish di blog asal.

0 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
Satu pun jadi lah ! hehe.

Sitemap

 
Copyright © Since 2009-2011 All Rights Reserved. Editer By Saleh Marzuki ☺ Design For Budak Malas Sikat Rambut ☺ Sported By KawanBlogger Yang Mengempakkan Dunia Cyber Anda! ☺ Lisenses From Creative Commons Attribution 3.0 ☺ Penaja Bersama NuffnangAdvertlets Yang Terus Memajukan Belog Ini Ketahap Terbaik Dan Kini Amat Membanggakan ! Hak Cipta Terpelihara ™