Followers

kesan buruk akibat melancap

0 comments
AMALAN melancap atau onani memang ketara di kalangan remaja lelaki dan perempuan dan ia berlaku akibat akil baligh apabila perasaan syahwat membara. Apabila melancap menjadi amalan yang kerap dilakukan, remaja mendapati ia menjadi tekanan pula, mengakibatkan keletihan, lemah, sukar tumpu pada pelajaran, kurang prestasi sukan dan pelajaran serta gangguan kesihatan.

Sebilangan remaja yang masih kekal dengan amalan ini akan ketagih dan meneruskannya walaupun sudah berumahtangga.


Malah, mereka dapati cara itu lebih seronok daripada melakukan hubungan seksual dengan pasangan. Lebih-lebih lagi jika mereka sangat mudah terangsang dan sukar mengawal klimaks.

Remaja yang melakukan rangsangan seksual dengan cara tersendiri, baik lelaki atau perempuan, akan mendapati mereka tidak mudah mencapai klimaks dengan pasangan jika rangsangan dialami tidak sama dengan rangsangan yang mereka peroleh daripada teknik melancap yang dilakukan.

Ini membuatkan hubungan seksual dengan pasangan hambar. Ada juga sebilangan remaja mengalami masalah disfungsi seksual akibat melancap dan ini mungkin akibat kerosakan pada fungsi anggota sulit, lebih-lebih lagi jika mereka gunakan kekerasan untuk mencapai klimaks.

Jadi kini anda tahu melancap ada keburukannya dan natijahnya jika tidak dapat mengawal nafsu. Anda saja yang dapat mengawal perbuatan ini. Jika anda perlu lakukannya untuk melegakan tekanan seksual, itu boleh diterima.

Itu pun jika tanpa melegakan tekanan seksual, anda terdorong untuk melakukan perkara lain seperti terbabit dengan seks rambang atau pengambilan dadah!

Elak menonton filem atau klip pornografi atau seks siber. Dalam keadaan terangsang, pasti anda melepaskan perasaan dengan melakukan melancap. Tingkatkan aktiviti sosial anda dan lebih berkecimpung dalam sukan dan aktiviti reakreasi. Amalkan gaya hidup sihat.

0 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
Satu pun jadi lah ! hehe.

Sitemap

 
Copyright © Since 2009-2011 All Rights Reserved. Editer By Saleh Marzuki ☺ Design For Budak Malas Sikat Rambut ☺ Sported By KawanBlogger Yang Mengempakkan Dunia Cyber Anda! ☺ Lisenses From Creative Commons Attribution 3.0 ☺ Penaja Bersama NuffnangAdvertlets Yang Terus Memajukan Belog Ini Ketahap Terbaik Dan Kini Amat Membanggakan ! Hak Cipta Terpelihara ™