Selain dari Blogger.com ada banyak lagi site yang menyediakan tapak percuma untuk buat blog seperti Wordpress.com, Blogmas.com, Weebly.com dan banyak lagi.
Kat sini aku cuma nak tunjuk macam mana cara membuat blog di Blogger.com. Bila kita buat blog di Blogger.com ni, alamat blog kita akan diakhiri dengan blogspot.com, contohnya macam blog aku ni mancisdahbasah.blogspot.com.
Untuk apply buat blog ni, kita mesti ada email. Aku suggest buatlah email di gmail.com. Cara-cara buat email ada di sini.
Cara Buat Blog
1. Buka Internet browser dan pergi ke blogger.com
Sign in guna accaount GMail yang kita telah buat.
2. Isi form Blogger
Taipkan Display name iaitu nama yang akan dipaparkan disetiap post yang kita publish (Biasanya, pelawat akan memanggil dan mengenali kita dengan nama ini). Pilih Gender dan tick pada I accept the Term of Service.
Lepas tu tekan Continue
3. Create blog
Bila dah siap buat account blogger, kita pun bolehlah mula buat blog. Kita boleh buat lebih dari satu blog menggunakan satu akaun blogger.
4. Nama & alamat blog
Taipkan nama yang best untuk blog kita (Blog title) dalam contoh ni ialah "Mancis Punya Blog". Lepas tu taip pula alamat blog pilihan kita (Blog address). Pelawat akan gunakan alamat ini untuk datang ke blog kita. Dalam contoh ini aku taip alamat blog aku ialah "adamancistak". Pelawat akan datang ke blog aku dengan alamat http://adamancistak.blogspot.com.
Pastikan check availability. Bila semua dah OK, tekan Continue.
5. Pilih template
Pilih template yang anda suka. Aku biasanya pilih yang no. 2 tu. Boleh tahan cantiklah rupa parasnya. Kalau tak berkenan, kita boleh tukar template ni bila-bila masa sahaja nanti.
Lepas tekan Continue, blog pun siap.. Click pada START BLOGGING untuk buat posting yang pertama.
6. Start blogging
Untuk buat post cuma perlu taipkan title lepas tu tulis isinya. Dah siap kalu, tekan ajer button PUBLISH POST yang warna oren tu.
Lepas tekan publis, dia akan beritahu post kita telah pun berjaya disiarkan. Klik View Post untuk lihat post itu.
NOTE**
Log in ke dalam GMail (Kalau dah log out) dan isi kan code verification tersebut. Click verify. Itu saja.
1 comments:
Salam..nak tanya jika kita dah wat page, tapi boleh x lau kita nak tambah new post dlm page yang berlainan. Cuba wat x bole, lau stiap baru yg dpost akak auto k home tp asalnya cuma nak tambah kat page yg ln ngan title yg lain.hope dpt bantu. Tq
Catat Ulasan
Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
Satu pun jadi lah ! hehe.