Followers

Kisah Di Lebuh Raya Karak

0 comments
Kisah Di Lebuh Raya Karak Beberapa tahun yang lalu ada sebuah kisah tentang kematian di lebuh raya karak. Lebuh raya karak , nama yang sangat menyeramkan bagi sesiapa yang melalui lebuh raya tersebut. Lebuh raya ialah laluan yang menghala ke arah selatan utara.



Bagi sesiapa yang pulang ke kampong seperti Pahang,Kelantan dan Terengganu pasti akan melalu lebuh raya ini. hari ini saya ingin bercerita mengenai perempuan yang sedang mengandung bersama suami nya yang hendak pulang ke kampung. Mereka bertolak ke kampung pada malam hari. Didalam kereta mereka berbual berbual. Si isteri gembira kerana dapat pulang ke kampung. Tiba-tiba kereta yang dipandu rosak. Beberapa minit kemudian si suami keluar dari kereta. Selepas itu si suami kembali ke dalam kereta untuk memberitahu si isteri bahawa kereta mereka kehabisan air. Si suami memberitahu si isteri bahawa dia ingin pergi mencari air. Si suami mengambil handphone dan wallet lalu keluar dari kereta. Sebelum keluar si suami sempat berpesan kepada si isteri untuk tidak kemana-mana dan jangan keluar dari kereta. Si isteri akur dengan apa yang suaminya pesan. Beberapa minit berlalu begitu saja. Si isteri mula risau bahawa suami nya tidak pulang ke kereta semula. Ingin keluar dia teringat akan pesan suaminya. Selepas itu, ada beberapa buah kereta lalu di lebuh raya itu. Kebanyakan kereta yang lalu disitu , memberi isyarat menyuruh perempuan itu keluar. Perempuan itu hairan kenapa orang menyuruh dia keluar tapi dia tetap ingat akan pesan suaminya untuk tidak keluar dari kereta. Salah seseorang yang melihat kejadian itu dengan pantas menelefon polis. Dalam setengah jam masa berlalu, kereta peronda polis dating. Si isteri bertambah hairan kenapa perlu polis dating. Si isteri menelefon si suami tetapi tiada yang menjawab nya. Si isteri semakin risau. Si isteri melihat ke hadapan , polis menyuruh dia keluar dari kereta. Dia tetap berkeras. Sudahnya polis memberi arahan menggunakan wokitoki. Si isteri mendengar. Polis itu bercakap “awak keluar dari kereta dan jangan sesekali pandang ke belakang,kami akan memberitahu apa yang terjadi.”. si isteri akur dengan arahan polis tersebut. Si isteri keluar dan tidak pandang kebelakang. Tetapi isteri teringat suami nya berkata kalau ada apa-apa tolong beritahunya. Sampai di setengah jalan, si isteri berpaling untuk mengambil telefon nya. Si isteri terkejut kerana melihat kepala suaminya dihantukan ke atas bumbung kereta oleh toyol. Mana tidaknya terpisahlah badan dan kepala.Toyol itu memainkan kepala suaminya seperti yoyo. Si isteri pengsan di depan kereta selepas melihat kepala suaminya. Akhir sekali, si isteri meninggal dunia akibat terlalu terkejut dan bayi yang dikandungnya juga meninggal dunia. Itulah cerita mengenai lebuh raya karak. ~Al-Fatihah~ buat keluarga mereka.

0 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
Satu pun jadi lah ! hehe.

Sitemap

 
Copyright © Since 2009-2011 All Rights Reserved. Editer By Saleh Marzuki ☺ Design For Budak Malas Sikat Rambut ☺ Sported By KawanBlogger Yang Mengempakkan Dunia Cyber Anda! ☺ Lisenses From Creative Commons Attribution 3.0 ☺ Penaja Bersama NuffnangAdvertlets Yang Terus Memajukan Belog Ini Ketahap Terbaik Dan Kini Amat Membanggakan ! Hak Cipta Terpelihara ™