Followers

Cerita Seorang KakiKecing

0 comments
Aku ni kaki pancing dari dulu , kini dan selamanya.....:D

Ni pengalaman aku masa mancing kat satu pantai sempadan antara Melaka dan negeri sembilan . Nama tempat dia Kota Lama , mungkin dalam kawasan Melaka . Antara Kuala Sungai Baru dan juga pengkalan balak kalau tak silap aku.

Pada satu malam minggu dalam tahun 1998 aku ngan geng bujang dalam 5 org sepakat pergi memancing . destinasi di tuju , Kota Lama. Salah sorang member aku cadangkan ke situ. Kitaorg pun pernah memancing kat situ sebelum tu. Hasilnya boleh tahan jugak.

Malam tu bertolak dari Sg Besi dalam kol 8:00 sampai sana dalam kol 10 lebih . Kitaorg singgah makan dulu sementara tunggu air pasang. Macam mana nak mancing kalau air surut? Lepas makan kitaorg terus ke destinasi.

Mak aiii !! gelap gila.... memang gelap pekat malam tu. Nak cari port mancing , hanya berpandukan cahaya lampu kereta. sebelum ni kitaorg cuma mancing dekat tempat parking kereta je. Kali ni pegi sampai ke Kota LAma melalui jalan pantai. Kat kota lama tu , ada kesan tinggalan kota... bangunan2 lama.. tak berapa nampak sebab gelap.

Kedudukan Kota Lama ni betul2 antara pertemuan kuala sungai dan pantai , dengarnya dulu macam Kota jaga laluan air. Bila dah dapat port masing2 , Umpan dipasang lalu dicampak ke air. Apalagi ..... sessi menunggu umpan diragut la sambil berulam rokok.Ada jugak ragutan , tapi banyak yg tak lekat . Hanya beberapa ekor ikan duri dan gelama yg lekat. Hari semakin malam , mata semakin mengantuk. Ada yg mengambil kesempatan melelapkan mata. Aku masih lagi berjaga ... setia menanti ragutan ikan.Setelah lama menanti , mata kail aku habis dek kerana sangkut memanjang. Aku terpaksa ambil baru di kereta. dengan berbekalkan lampu suluh aku ke kereta. Bila melintasi satu chalet terbiar , serta merta bulu roma meremang sampaikan rambut pun terasa tegak. Lepas je chalet , ok balik macam biasa. Masa perjalanan balik ke port mancing , sekali lagi bulu roma meremang di tempat yg sama.

Huh ! lain macam je tempat ni.... dalam hati aku la. Beranikan diri je , aku ramai.. apa nak takut , aku berkata dalam hati.

Lepas tu mancing macam biasa , sesekali terasa aku di perhatikan dari jauh.Makin lama makin kerap. Tapi buat tak tau je...ko nyer pasal la...

Tiba-tiba hujan turun dgn lebat , pancing ditinggalkan . LAri mencari tempat teduh. Ada lagi sebuah chalet tinggal , kat situlah kitaorg berlonggok macam ayam kena hujan. Oleh kerana keletihan , semua melelapkan mata. Tau-tau dah hampir subuh , Aku bangun nak cari tempat utk solat. Merayau-rayau la kitaorg , rupanya tempat tu macam sebuah istana lama. Kalau ikutkan , memang cantik bangunan2 lama tu. Dan yg paling kitaorg terkejut tu , ada satu kawasan perkuburan lama , bukan dari zaman kita ni.... banyak kuburnya.

Tempat yg aku meremang tu , bawah chalet tu ada satu takungan air macam kolam... air hitam pekat. Walaupun siang aku tetap meremang berada di situ.

Akhirnya kitaorg memutuskan , tak jadi solat disitu. Kena bergerak ke tempat lain. Sebenarnya , kawasan kitaorg mancing tu kawasan larangan.

Dalam perjalanan pulang , aku menceritakan apa yg aku rasa malam tadi . Semua yg ada terkejut , sebabnya diaorg pun rasa macam man aku rasa diperhatikan , meremang tak tentu pasal... sebab tu ada yg tidur awal malam tu...

Hahahaha.... padan muka kitaorg . Nasib baik takde apa2 yg buruk berlaku malam tu.

Rupanya Kota Lama tu berhantu menurut cerita org tempatan , ada org pernah terjumpa Hantu air naik dari laut masa memancing , pengusaha Chalet batalkan projek... bukan 1 tokey je. Tapi dah banyak tokey cabut sebab gangguan masa nak buat projek. Sebab tu banyak chalet terbiar kat situ...


Bro Megat Sri Rama , ni cerita Ori dari aku.... sori la kalau tak seram...

kalau takat baca cerita ni memang tak seram tapi kalau kita cuba fahami situasi tempat tu dan alami sendiri pasti seram....:((

0 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
Satu pun jadi lah ! hehe.

Sitemap

 
Copyright © Since 2009-2011 All Rights Reserved. Editer By Saleh Marzuki ☺ Design For Budak Malas Sikat Rambut ☺ Sported By KawanBlogger Yang Mengempakkan Dunia Cyber Anda! ☺ Lisenses From Creative Commons Attribution 3.0 ☺ Penaja Bersama NuffnangAdvertlets Yang Terus Memajukan Belog Ini Ketahap Terbaik Dan Kini Amat Membanggakan ! Hak Cipta Terpelihara ™